Nuff

Wednesday, August 11, 2010

Siti Hajar Binti Abdul Hamid (19210002)

Network Cable Dan Interfaces

Network Cable terbahagi kepada dua jenis iaitu media terpandu dan media tidak terpandu..Media terpandu adalah Twisted Paired Cable (Kabel Pasangan Terpiuh),Coaxial Cable (Kabel Sepaksi),Fibre Optic(Kabel Optik)..

Kabel Pasangan terpiuh digunakan untuk sistem telefon dan pendawaian rangkaian komputer..Kosnya lebih murah berbanding dengan dawai kabel yang lain..Kabel ini terdiri daripada dua dawai tembaga yang dipiuhkan dan bersentuhan antara satu sama lain..

Kabel sepaksi adalah dawai tembaga yang disaluti dengan 3 lapisan perlindungan iaitu penebat,jejaring dan sarung..Perlindung lebih tebal berbanding kabel pasangan terpiuh..Digunakan untuk penghantaran maklumat yang memerlukan kualiti yang tinggi..Ketebalan perlindung untuk mengelakkan gangguan bising,cahaya florensen dan komputer.

Kabel fiber optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah..Ia dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung..Ia menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik..Ia berbeza dari yang lain kerana mengunakan gelombang cahaya untuk membawa maklumat..Cahaya dipancarkan dari sumber ke penerima melalui bahantara gelas atau plastik yang halus..Digunakan untuk komunikasi data..Harga mahal tetapi dapat mengurangkan kesan gangguan semasa penghantaran..

Interfaces atau NIC (network Interface Card) yang digunakan untuk memindahkan data ke komputer yang lain melalui pengunaan kabel..Terdapat 3 jenis interfaces iaitu Kad ethernet yang digunakan untuk kabel jenis coaxial atau twisted kabel,Penyambung Local Talk yang digunakan bagi merangkaikan komputer jenis Macintosh,Kad Token Ring yang hampir sama dengan Kad Ethernet..


Hubs/Switches

Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star)..Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan menyampaikan maklumat dalam rangkaian..Setiap maklumat yang dihantar akan di'copy' dan dihantar ke seluruh nod yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut..Jadi kesemua komputer menerima maklumat yang sama yang sepatutnya diterima oleh satu nod sahaja.

Switches merupakan peranti kecil yang menyambungkan beberapa komputer bersama..Ia lebih berupaya berbanding Hub..Maklumat yang dihantar dapat diterima oleh nod yang sepatutnya..Interaksinya juga lebih cepat berbanding Hub..Harganya lebih mahal berbanding Hub..

Bridges

Titi atau bridges adalah sejenis peranti yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih rangkaian yang mempunyai protokol yang sama..Protokol adalah bahasa komunikasi komputer..Bridges juga digunakan sebagai penyambung dan juga penapis maklumat daripada diterima oleh rangkaian lain..

Router/Repeater

Repeater diperlukan apabila keupayaan penghantaran kabel perhantaran telah mencapai tahap maksimum..Bermakna isyarat yang bergerak telah menjadi lemah dan isyarat tersebut perlu dikuatkan semula,di'refresh' atau diulang dengan mengunakan pengulang..Isyarat yang di'refresh' dan dibaiki akan dihantar semula oleh repeater kepada destinasinya..

Router digunakan untuk terjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan protokol..Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung.Menguruskan penghantaran isyarat dengan berkesan..Router tahu mengunakan laluan yang tebaik untuk dilalui semasa penghantaran maklumat..Jika maklumat yang dihantar tidak dapat diterima,ia akan dihantar ke gateway..

Network Communication Media

Network Communication Media adalah media tidak terpandu..Media tidak terpandu adalah media tanpa wayar yang terdiri daripada gelombang mikro,satelit,infrared dan laser..

Gelombang Mikro digunakan apabila pemasangan kabel di sesuatu kawasan adalah sukar seperti kawasan berbukit..Kelemahan ialah mudah terganggu oleh keadaan persekitaran disebabkan cuaca buruk seperti hujan lebat..Gangguan akan menyebabkan kekurangan kualiti maklumat yang dihantar..

Satelit merupakan komunikasi jarak jauh..Ia mengunakan ruang angkasa untuk hantar maklumat..Ia menghantar maklumat dari stesen sumber ke stesen destinasi melalui satelit yang terletak 22,300 km dari bumi..Kaedah penghantaraan satelit adalah mahal dan juga terdedah kepada gangguan keadaan persekitaran.

Gelombang radio adalah satu bentuk dari radiasi elektromagnetik, dan terbentuk ketika objek tersebut dinaikan frekuensinya..Ketika gelombang radio dipancarkan melalui kabel, gelombang yang terjadi adalah dalam bentuk arus bolak balik(wave) dan voltan di dalam kabel.Kemudian barulah diubah menjadi signal audio atau menjadi data yang membawa informasi.

Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya..Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu..Ia adalah sumber optik yang memancarkan foton dalam pancaran koheran..Cahaya laser biasanya hampir-monokromatik,contohnya, ia mengandungi panjang gelombang tunggal atau warna, dan dipancarkan dalam pancaran halus..Ini berbeza dengan sumber cahaya biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat kesemua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum elektromagnetik yang luas..

No comments: