NETWORK CABLE (KABEL RANGKAIAN)
Kabel terbahagi kepada 2 :
- Media terpandu
1. Coaxial cable
2. Fiber optic
3. Twisted pair cable
- Media tak terpandu
1. Laser
2. Gelombang mikro
3. Gelombang radio
4. Infrared
MEDIA TERPANDU
COAXIAL CABLE

- Mempunyai pengalir tembaga di tengah-tengah.
- Mempunyai penebat (melindungi daripada gangguan.
- Frekuensi : antara 100 khz – 500 mhz.
- Menggunakan connection BNC.
- Penghantaran menggunakan isyarat elektronik.
- Coaxial cable terbahagi kepada 2 :
1.Thinnet
2.Thicknet
TWISTED PAIR
Mempunyai 2 jenis kabel :
- UTP (Unshield Twisted Pair)
- STP (Shield Twisted Pair)
Frekuensi : 100 – 5 mhz.
MEDIA TAK TERPANDU
GELOMBANG MIKRO
Media penghantaran jarak jauh
Menggunakan cakera parabola untuk terima dan hantar data.
Berguna untuk kawasan yang susah untuk memasang kabel.
Penghantaran titik ke titik yang melibatkan antena penghantar dan penerima.
Saiz antena bergantung kepada jarak penghantaran biasanya antara 3 – 10 kaki.
Tidak sesuai untuk kawasan bandar kerana bercampur dengan gelombang lain.
Sensitif dengan hujan dan asap.
SATELIT

Menghantar data dari stesen ke stesen melalui satelit yang terletak lebih kurang 22300 km dari bumi.
Stesen penghantar akan memancarkan gelombang ke satelit dan satelit tersebut akan memancarkan semula dengan frekuensi yang berbeza kepada penerima.
Masalah utama ialah keselamatan data dan gangguan hujan.
NETWORK INTERFACE CARD (NIC)
NIC digunakan untuk memindahkan data ke komputer yang lain melalui pengunaan kabel.Terdapat 3 jenis network interfaces card iaitu :
1.Kad ethernet yang digunakan untuk kabel jenis coaxial atau twisted kabel
2.Penyambung Local Talk yang digunakan bagi merangkaikan komputer jenis
Macintosh.
3.Kad Token Ring yang hampir sama dengan Kad Ethernet.
PERALATAN RANGKAIAN
HUB

- Hub digunakan untuk menghantar data ke semua nod.
- Hub menyediakan "central connection point" untuk menyambungkan kabel daripada stesen
kerja (workstation)
- Hub biasanya digunakan di dalam topologi bintang (star topology)
- Menggunakan kabel twisted pair cable.
- Aliran data daripada komputer akan melalui hub.
- Hub terbahagi kepada 2 :
Aktif : Memperkuatkan signal terlebih dahulu sebelum menghantar signal yang
diterima.
Pasif : Menghantar setiap signal yang diterima kepada semua port tanpa sebarang
amplification.
SWITCH

Swicth merupakan peranti kecil yang menyambungkan beberapa komputer bersama.
Ia juga lebih berupaya berbanding hub.Interaksi data lebih cepat dan pantas.
BRIDGES

Bridge merupakan peralatan yang menghubungkan 2 rangkaian LAN (Local Area Network) yang sama protokol komunikasi / alamat rangkaian.
contoh : Rangkaian Ethernet - Ethernet.
Bridge juga merupakan peralatan network pada data link layer (OSI MODEL)
Ia juga digunakan bagi mengawal saiz collision domain dengan membahagikan (segmenting) network yang sedia ada kepada beberapa collision domain.

Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana brigde digunakan sebagai jambatan untuk menghantar data
ROUTER


Router digunakan untuk menghubungkan rangkaian LAN yang berbeza protokol komunikasi / alamat rangkaian.Router juga boleh menentukan laluan mana yang terbaik untuk dilaluinya.Ia berupaya membawa maklumat kepada 2 protokol yang tidak sama.Router membawa maklumat melalui kabel fiber optik,kabel sepaksi dan kabel pasangan terpiuh (Twisted Pair).
Router biasanya digunakan didalam topologi Bus,Star dan Ring.
REPEATER


Merupakan peranti antara rangkaian digunakan menambah jarak penghantaran data.Repeater akan mengambil semua isyarat yang sampai menguatkan dan menghantar semula data.Repeater berfungsi pada lapisan 1 OSI MODEL.Repeater menggunakan kabel Unshield Twisted Pair.Maksimum panjang kabel ialah 100 m.
NETWORK COMMUNICATION MEDIA
Contoh media komunikasi rangkaian :
Wireless: menggunakan frekuensi radio (RF) atau Inframerah (IR). LAN wireless
menggunakan sebuah komponen kunci adalah hub wireless yg digunankan untuk
pengedaran isyarat.
2 comments:
Kompom dpt 100%... wakakaka...
alhamdulilah...arap dapt full mark..huhuhu
Post a Comment