Cara-cara pasangkan RJ-45 pada UTP cable.
Siti Hajar Binti Abdul Hamid.
1. Ukur panjang kabel yang bakal di 'crimp' . Masukan protection cap untuk kedua-dua belah bahagian kabel. Letak di tengah-tengah kabel.
2. Guna alatan (tool) iaitu cable stipper yang digunakan untuk memotong dan menanggalkan jaket luar pada kabel UTP tersebut.
3. Kepit Cable Stripper pada kabel Utp sepanjang ½ hingga 1 inci tersebut dan pusingkan cable stripper sebanyak 360 darjah sahaja kerana kabel UTP adalah nipis berbanding dengan kabel gentian optik.
4. Tarik jaket luar bagi kabel UTP tersebut. Kabel yang terpiuh berpasangan itu dipisahkan untuk memudahkan proses penyusunan nanti. Benang nilon yang berlebihan digunting.
5. Kemudian dekatkan kembali semua kabel-kabel yang telah dipisahkan tadi. Luruskan kabel-kable tersebut. Gunting mengunakan cutter supaya semua kabel-kabel tersebut sama panjang.
6. Kemudian, susun kabel-kabel tersebut mengikut susunan TYPE A. Selepas itu, kabel-kabel dimasukan ke dalam RJ-45. Pastikan semua kabel-kabel masuk ke dalam RJ-45 dengan sempurna.
TYPE A
1. White Green
2. Green
3. White Orange
4. Blue
5. White Blue
6. Orange
7. White Brown
8. Brown

7. Selepas semua kabel-kabel masuk ke dalam sel-sel masing-masing dan sampai ke hujung RJ-45. Gunakan alat 'crimping tool' untuk melekatkan RJ-45 supaya kabel-kabel tersebut tidak tercabut dan tidak dapat ditarik keluar. RJ-45 hanya boleh dipakai sekali sahaja selepas di 'crimp'.
8. Masukan protection cap pada RJ-45 yang telah siap di 'crimp'.
9. Guna cable tester untuk menguji sama ada kabel UTP yang telah di 'crimp' pada RJ-45 boleh digunakan ataupun tidak.
10. Ulang langkah-langkah 1 sehingga 10 dengan mengunakan kabel UTP yang lain. Dan susunkan kabel-kabel UTP yang baru mengikut TYPE B.
TYPE B.
1. White Orange.
2. Orange.
3. White Green.
4. Blue.
5. White Blue.
6. Green.
7. White Brown.
8. Brown.

No comments:
Post a Comment