hub
hub juga dikenali concentrator, hub adalah alat yang menyambung workstation dan alat lain dari LAN.Hub boleh bertindak sebagai repeater dan menyambungkan nodes didalam network yang sama.Hub adalah peralatan yang digunakan untuk membolehkan beberapa komputer digabungkan bersama didalam satu rangkaian. Hub beroperasi dalam lapisan fizikal ( Layer 1) di dalam model OSI ( open system Interconnection ). Hub adalah peralatan yang paling ringkas . Kebanyakan HUb yang berada di pasaran sekarang menyokong piawaian Ethernet.
satu cara yang terbaik untuk membezakan Ethernet Hub adalah dengan melihat kelajuan Hub-Hub tersebut. Bagi Hub yang paling ringkas , kelajuan ialah 10Mbps. Hub yang terkini berada di pasaran menyokong kelajuan 100Mbps.Satu lagi yang membezakan Hub adalah dengan melihat bilangan Port yang ada. Hub kecil yang menggabungkan 4 buah komputer perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 port.Terdapat juga Hub yang mempunyai 12, 16, dan 24 Port.
Hub diklafikasikan sebagai peralatan layer 1 (fizikal) di dalam Model OSI.Port pada Hub menerima isyarat digital dari komputer .Hub tidak membaca sebarang data yang melaluinya. ia juga tidak mengetahui alamat asal dan destinasi sesuatu data. Fungsi HUb adalah menerima Paket data dan terus memancarkan. Ia juga berkebolehan menguatkan signal yang datang sebelum signal tersebut dipancarkan semula. Signal yang diterima kepada semua port termasuklah port yang menghantar signal tersebut pada HUb.
Hub terbahagi kepada 3 iaitu :
Hub Pasif
Hub Aktif
mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
menguatkan isyarat elektrik yang diterima sebelum memancarkan semula isyarat tersebut.
Intelligent Hub
mempunyai perisian pengurusan ( Software Management ) bagi mengesan dan mengasingkan masalah didalam rangkaian .Keupayaan pengurusan ini penting bagi membolehkan rangkaian berjalan dengan baik.
bagi sistem rangkaian yang kecil, kabel dan port testing boleh dilakukan bagi mengesan kerosakkan.Namun bagi sistem rangkaian yang besar , keupayaan pengurusan ini diperlukan.
Switch
adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan nodes ke kumpulan yang sama supaya boleh berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai kelebihan untuk memeriksa paket-paket data serta mampu menentukan alamat dari sama, beserta alamat destinasi paket tersebut.
switch boleh mencapai 100MB bagi setiap port. Semua user boleh mendapat sambungan maksimum 10MB atau boleh meminta sistem admin untuk mendedikasi sambungan 10MB untuk PC yang dituju sahaja dan sambungan bandwitch akan kurang untuk user-user lain. Switch beroperasi dalam lapisan Data Link ( Layer 2 ) dalam MOdel OSI.
Malah switch adalah lebih bijak dari HUb dan akan menghantar packet kepada destinasi sahaja.Kelebihan ini adalah kerana switch mempunyai ciri-ciri Intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address bagi NIC ( Network Interface Card ) dan peralatan komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasi yang betul.Dengan cara ini Network utilisation dapat dikurangkan kerana bandwitch digunakan dengan lebih effecient.
Collision ( perlanggaran ) mungkin tidak / kurang berlaku kerana network boleh disegmentkan kerana paket hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua Port-Port yang lain.Denga ini mutu penghantaran yang baik dapat dikawal dan dilaksanakan . Selain daripada itu juga, ia digunakan untuk mengelakkan daripada penggunaan melebihi daripada empat repeater di antara satu komputer ke komputer lain di dalam rangkaian .Lebih istimewa bagi penggunaan Switch Ethernet juga dapat menampung ruang penambahan untuk sambungan rangkaian pada masa akan datang.
Router ( Penghala )
adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan pelbagai ragkaian komputer.Secara teknikal router beroperasi pada layer 3 OSI ( Network LAyer ).Contohnya menyambungkan WAN ke LAN. Router menyimpan maklumat konfigurasi di dalam routing table . Ia berupaya untuk menapis data-data melaluinya. router hanya perlu mengetahui rangkaian yang perlu dilalui nya sahaja ( router mangandungi alamat- alamat bridge perlu mengetahui semua alamat nod yang disambungkan terus kepadanya ) sedangkan bridge perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian.
Ciri-Ciri Routers:
menggunakan dynamic routing.
beroperasi pada protocol level.
mengawal kemasukkan dan konfigurasi menerusi SNMP.
dapat digunakan untuk rangkaian yang kompleks.
memberikan keselamatan kepada network.
membentuk segment didalam rangkaian secara logik.
boleh berfungsi sebagai bridges.
menggunakan routing protocol yang lebih kompleks seperti RIP, IGRP, OSPF.
Repeater
adalah komponen penyambungan yang paling ringkas dan digunakan pada LOcal Area Network.Ianya adalah peranti elektrik yang beroperasi pada lapisan fizikal dalam Model OSI.Ini kerana ia menyambungkan segment dari network yang sama dan membolehkan node dijarakkan dengan lebih jauh lagi.Akan tetapi repeater bukanlah peralatan yang bijak kerana ia tidak menyambungkan kepada network yang lain. Isyarat yang dibawa akan membawa maklumat dalam rangakaian komputer boleh melalui jarak dan ini menyebabkan isyarat yang dibawa akan menjadi lemah sebelum isyarat tersebut tiba ke destinasi yang ditujui. Hal ini berlaku disebabkan oleh geseran atau ganguan seperti kebisingan yang mana ianya akan mempengaruhi kesinambungan data.
Oleh yang demikian repeater diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana repeater ialah komponen dalam network yang berfungsi sebagai penguat isyarat yang diterima dari satu segment lalu menghantar pula ke sambungan segment lain yang berkedudukan jauh untuk jangkaun transmitter. Tetapi penggunaan repeater ada hadnya. Repeater tidak mampu untuk menaikkan lagi nilai bandwitch dan menambahkan kelajuan penghantaran data. Malahan sekiranya berlaku kerosakkan pada satu segment, segment yang masih lagi berfungsi seperti biasa kecuali tiadanya lagi perhubungan antara satu segment ke segment yang rosak itu.
Bridges
Digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protocol komunikasi /alamat dan rangkaian ( Ethernet -Ethernet , Token Ring, ). Ini kerana bridges berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya .Bridges bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian secara automatik dengan mengumpulkan alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian.
bridges lebih kompleks dari repeater kerana ianya beroperasi dengan belajar ( Learning) .Menapis ( filtering) dan menghantanya ( forward). Apabila bridges menerima paket, ia akan mengenalpasti sumber paket dan membandingkan alamat ini dalam routing table. sekiranya alamat sumber tidak terdapat dlam routing table tersebut bridges akan menambahnya. Ini dinamakn bridges sedang learn ( belajar ) alamat peranti dalam rangkaian. Sekiranya alamat destinasi tidak terdapat routing table, bridges akan mem-forwardkan paket tersebut ke semua port kecuali nod sumber.
No comments:
Post a Comment